Rabu, 25 Juni 2014

AIR MATA vs API NERAKA

Manakala hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan lima ratus tahun (dasyatnya api neraka)

Setiap orang sehingga para nabi berkata, "nafsi-nafsi" (sendiri-sendiri). Kecuali Nabi Muhammad SAW. Baginda berkata "umatku-umatku". (Kasihnya Nabi Muhamad )

Kemudian keluarlah api bagaikan gunung (masyaAllah). Umat Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata, "demi orang-orang yang bersolat. Demi orang-orang yang shiddiq. Demi orang-orang yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!"

Tetapi api itu tidak juga kembali. (Innalillah)

Maka Jibril as berkata, "sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad." Lalu ia datang kepada Nabi Muhammad SAW dengan membawa segelas air sambil berkata, "ambilah air ini. Percikkan ia ke api itu!" Kemudian Nabi SAW memercikkan air ke api itu. Dan seketika api menjadi padam.

Lalu Nabi SAW bertanya, "air apakah ini?" Jibril as berkata, "itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkan ke api sehingga padam dengan izin Allahn"

Rasulullah SAW sering berdoa;

Ya Allh, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.

Amin
Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang sering menangis lantaran takut kepada Allah.